Drama : Ryusei No Kizuna (Meteor Bond)
Episod : 10
Genre : Suspend, komedi, penyiasatan
Rating penonton : 16.3
Tv siaran : TBS
Lagu Tema : Beautiful Days by Arashi
Insert Song : Orion by Mika Nakashima
Awards :
- 59th Tv Drama Academy Awards : Best Drama
- 59th Tv Drama Academy Awards : Best Actor (Ninomiya Kazunari as Ariake Koichi)
- 59th Tv Drama Academy Awards : Best Supporting Actress (Toda Erika as Ariake Shizuna)
- 59th Tv Drama Academy Awards : Best Scripwriter (Koda Kankuro)
- 59th Tv Drama Academy Awards : Best Directors ( Kaneko Fuminori, Ishii Yasuhairu)
- 59th Tv Drama Academy Awards : Best Theme Song (Beautiful Days by Arashi)
- 12th Nikkan Sports Drama Grand Prix : Best Drama
- 12th Nikkan Sports Drama Grand Prix : Best Actor (Ninomiya Kazunari as Ariake Koichi)
- 12th Nikkan Sports Drama Grand Prix : Best Supporting Actor (Nishikido Ryo as Ariake Taisuke)
- 12th Nikkan Sports Drama Grand Prix : Best Supporting Actress (Toda Erika as Ariake Shizuna)
RINGKASAN CERITA
Ryusei No Kizuna (Meteor Bond) mengisahkan tentang 3 beradik yang menyiasat sendiri pembunuh ibubapa mereka. Kejadian tersebut berlaku pada tahun 1993. Selepas 14 tahun berlalu, kes pembunuhan ibubapa mereka masih belum selesai dan pembunuh masih belum dijumpai. Ini menyebabkan Koichi, Taisuke dan Shizuna bertindak sendiri untuk mencari siapa pembunuh ibubapa mereka.
Pada tahun 1993, ibubapa mereka menjalankan perniagaan restoran makanan barat. Makanan yang terkenal di restoran ibu bapa mereka ialah Hayashi rice. Resepi ini lah yang menjadi rebutan oleh restoran lain. Disebabkan itu bapa mereka mengambil tindakan meletakkan harga untuk resepi itu. Namun begitu pada satu malam, ketika Koichi, Taisuke dan Shizuna keluar melihat tahi bintang secara curi-curi, ibubapa mereka telah dibunuh dengan kejam.
Setelah 14 tahun, mereka sudah bosan dengan siasatan polis yang tiada kesudahannya. Mereka sudah tidak mempercayai polis. Mereka bertindak dengan sendiri dan akhirnya menjumpai suspek yang dicari selama ini.
Memang tidak hairan drama telah diangkat sebagai drama terbaik di Jepun pada tahun 2008. Ninomiya Kazunari (ahli kumpulan Arashi) sekali lagi menjadi aktor terbaik dengan lakonannya yang berkesan dan menarik. Tampak berbeza perwatakan yang dibawa dalam drama ini dengan drama The Tale Of Yamada Tarou. Toda Erika turut berjaya membawa watak sebagai adik perempuan Koichi dan Taisuke. Erika juga diiktiraf sebagai best supporting actress. Seorang lagi aktor, Nishikido Ryo(pernah menjadi aktor One Litre Of Tears) berhasil dengan aksi lakonannya yang menarik dalam drama ini yang turut mendapat best supporting actor.Namun pada akhir cerita, suspek yang mereka buru selama ini bukan lah pembunuh yang sebenar. Dia cumalah pelanggan yang akan berjumpa dengan bapa mereka untuk membeli resepi rahsia Hayashi rice, namun tak kesampaian kerana bapa mereka sudah dibunuh sebelum itu. Siapa yang pembunuh sebenar???
Tengok la drama Ryusei No Kizuna...(Meteor Bond) aku bagi 8.5/10